skskudai.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : skskudai@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | LOGO SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | AKTIVITI | PAUTAN | BERITA TERKINI | DOA SEKOLAH | ENROLMEN PELAJAR | FALSAFAH SEKOLAH | BUKU PELAWAT | KOKURIKULUM | KURIKULUM | LAGU SEKOLAH | MARQUEE | PANORAMA | VISI & MISI |



SEKAPUR SIRIH DARIPADA
GURU BESAR
(AINON BINTI ABD GHANI)


Assalamualaikum Wrbkth.

Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak warga pendidik dan kakitangan ,Ahli Jawatankuasa PIBG para pelajar ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah ini.

Semoga laman web ini akan dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutamanya demi mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini samada kurikulum atau kokurikolom.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga warga pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa warga pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasakan lagi sekolah ini.

Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.

Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang.

Wassalam.



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: